Petikan Kata


  • Pandangan Menteri Pelajaran: Tan Sri Muhyiddin Yasin

    Pengenalan mata pelajaran Sejarah dalam KSSR bertujuan untuk mendedahkan murid tentang patriotisme di peringkat awal lagi.
  • Program PISMP Pendidikan Sejarah

    Jabatan Kajian Sosial IPG Kampus Darulaman, Jitra, Kedah menawarkan kursus Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Pendidikan Sejarah Pendidikan Rendah sebagai usaha memenuhi keperluan guru-guru Sejarah di sekolah rendah bermula tahun 2014
  • Renungan Sejarah:

    Sejarah bukan sekadar cebisan pengkisahan, Di dalamnya tersembunyi sejuta pedoman. -Pujangga-

Latar Belakang Unit Sejarah IPGKDA

Bermula Jun 2011, Jabatan Kajian Sosial IPG Kampus Darulaman telah menawarkan kursus Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) dalam pengkhususan Pendidikan Sejarah Pendidikan Rendah.

Buat permulaannya, seramai 26 orang pelajar perintis ambilan Jun 2011 mengikuti kursus persediaan pra-ijazah selama tiga semester di bawah penyeliaan dua orang pensyarah awal iaitu Puan Hajjah Salmah binti Othman dan Tuan Haji Hasim bin Saari.

Pada sesi Januari 2012 pula, bilangan pensyarah yang mengendalikan kursus ini bertambah seramai tiga orang dengan kemasukan seorang pensyarah akademik yang baru iaitu Encik Ab. Razak bin Abu Kasim. Pada sesi ini juga, satu ambilan khas untuk program PPISMP telah dilakukan dalam kalangan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) dan sebahagian kecil daripadanya telah mengikuti kursus PPISMP Pendidikan Sejarah Pendidikan Rendah (SJKC).

Seterusnya, sesi Jun 2012 pula menyaksikan pertambahan kumpulan kuliah PPISMP Pendidikan Sejarah apabila satu lagi kemasukan telah dibuat bagi para pelajar PPISMP Pendidikan Sejarah Pendidikan Rendah (SJKC) ambilan Jun 2012. Seiring dengan pertambahan bilangan pelajar, seorang lagi pensyarah di Jabatan Kajian Sosial iaitu Encik Boon Jong Fook telah diberi tugas untuk turut mengendalikan kursus ini.

Bagi sesi Januari 2013 pula, Jabatan Kajian Sosial IPG Kampus Darulaman telah mula menawarkan kursus di peringkat Ijazah dalam bidang Pendidikan Sejarah melalui Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Pendidikan Sejarah Pendidikan Rendah. Pada sesi ini juga, tiga orang pensyarah baharu telah dilantik oleh IPGM untuk bertugas mengendalikan program ini termasuklah Tuan Haji Azhari bin Mat Salleh, Puan Yang Baizura binti Abdullah dan Puan Lim Li Bin.



Para Pensyarah Unit Sejarah Jabatan Kajian Sosial
IPG Kampus Darulaman, Jitra, Kedah.



No comments:

Post a Comment